Tauliah Pelantikan Ejen Zakat:

Lembaga Zakat Selangor
(MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR)

“Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan ruku’lah bersama-sama orang yang ruku’”
(Al-Baqarah: ayat 43)

BAYAR CUKAI MELALUI ZAKAT

Alhamdulillah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah melantik Khalifah School Sdn Bhd (KMS) sebagai ejen kutipan zakat bermula 1 Januari 2016. Sebahagian daripada kutipan zakat ini akan disumbangkan kepada pihak KMS daripada bahagian fisabilillah. Wang zakat yang diperoleh akan digunakan untuk pembangunan KMS dan KMSS.

Dengan membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor melalui KMS, resit rasmi dapat dikeluarkan oleh KMS atas nama pembayar zakat dan resit ini boleh digunakan untuk mendapat rebat cukai sepenuhnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sesuai dengan pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 seksyen 6A(3).