Soalan Lazim
Adakah saya akan dapat resit rasmi daripada Lembaga Zakat Selangor?
Ya. Resit rasmi Lembaga Zakat Selangor akan diemailkan dalam tempoh 24 jam.
Apa maksud Qada Zakat?
Qada zakat ialah jumlah zakat yang dibayar secara sekaligus atau secara beransur-ansur untuk menggantikan zakat yang tidak dibayar pada tahun-tahun sebelum ini.
Bagaimana cara pengiraan zakat pendapatan?
Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:
- 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau
- Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan Had Kifayah dan penolakan yang dibenarkan). Ini adalah kiraan lebih tepat.
Adakah hasil kutipan sewaan rumah perlu dibayar zakat, walaupun saya masih membayar ansuran pinjaman kepada banK?
Hanya lebihan daripada baki sewa akan dimasukkan dalam kiraan pendapatan lain. Contohnya:
Contoh Pengiraan: Kutipan sewa rumah sebulan: RM 1,000
Bayaran ansuran bank sebulan: RM 800
Baki daripada sewaan: RM 200
Hanya nilai dari baki sewaan iaitu RM 200 selama setahun iaitu RM 2400 sahaja yang perlu dimasukkan di dalam pengiraan zakat harta mustaghallat dan setelah ditolak kos-kos lain seperti baik pulih rumah dan sebagainya.
Adakah saya wajib zakat pendapatan, sekiranya pada akhir tahun wang pendapatan itu telah habis digunakan.
Ya, wajib dibayar zakat tersebut secara ansuran sehingga selesai dan ia dianggap sebagai hutang yang perlu disegerakan.